SEJARAH GURU BESAR






TUAN GURU BESAR
HAJI MUKHTAR BIN ISMAIL,
01-Novemver-2004 sehingga 14-Jun-2011

Konsep Tumbuh-tumbuhan adalah inspirasi kepada beliau dimana pendekatan kepada tumbuh-tumbuhan menjadikan salah satu tujuan utama beliau mendidik anak-anak murid ke arah semulajadi.
Pencapaian dalam kejayaan UPSR membawa kepada murid mendapat 5A pada tahun 2008.
Sepanjang perkhidmatan beliau, telah banyak perubahan beliau lakukan bagi memajukan serta meningkatkan mutu kualiti kerja serta pembelajaran di sekolah ini.

 


TUAN GURU BESAR
EN. ZAINI BIN IDRIS,
01-Novemver-2011 sehingga 01-Disember-2014

Perkhidmatan beliau bertugas sebagai Guru Besar
di Sekolah ini bermula November 2011 menggantikan Guru Besar yang lama iaitu Puan Nancy Alphonse Decruz yang bertukar ke SK Taiping, Perak DR.
En. Zaini Bin Idris berkhidmat selama 3 tahun di sekolah ini memberi wajah baru dari segi sistem pentadbiran serta sistem pembelajaran yang lebih efisen dari segi pentadbiran pengurusan yang mudah dan tegas serta sistem pembelajaran "TOKEN KEJAYAAN". sistem yang dibawa beliau banyak memberi perubahan dari segi peratus perningkatan kelulusan UPSR pada setiap tahun dan juga perubahan band 2 menuju ke band 1. 




TUAN GURU BESAR
EN. NORHAN BIN SUID@SHUIB
02-Novemver-2014 sehingga 06-Disember-2015

Beliau di gelarkan pakar IT, dimana beliau mahir dalam proses penggunaan format pengaturcaraan dalam semua bentuk aplikasi serta mampu membaiki komputer peribadi sendiri.
Beliau juga telah mengubah sistem fail pengurusan pejabat yang mana sistem menjadi lebih sistematik dan teratur serta memudahkan pencarian fail. Beliau juga membawa murid-murid UPSR ke tahap yang lebih efisen dimana keputusan UPSR 2015 ke tahap membanggakan dengan konsep sistem pembelajaran abad ke-21 di ketengahkan.





TUAN GURU BESAR
EN. AZHARUN BIN WANIK
07-Disember-2015 sehingga 25-April-2018

Mempunyai cara tersendiri dalam mentadbir serta menguruskan setiap tugas yang dilakukan. Beliau juga mempunyai rancagnan tersendiri bagi membina atau melakukan sesuatu perubahan yang lebih efektif dalam masa yang sama mengekalkan keaslian serta tradisi di sekolah ini. Beliau sangat menekankan aspek-aspek menghormati satu sama lain dikalangan murid-murid serta guru-guru dan memastikan konsep ini menjadi kebiasaan dalam rutin harian di sekolah ini. perancangan beliau dari segi prestasi pembelajaran adalah membantu setiap murid yang bermasalah dengan cara pendekatan yang "face to face" bagi mengenal pasti kelemahan atau kekurangan murid di sekolah ini.

TUAN GURU BESAR
EN. NAZARI BIN AHMAD
25-April-2018 Sehingga 19-Februari 2022